Bermula hari ini, “Diari ZEROTO8000” akan bersiaran yang mana fokusnya adalah untuk berkongsi pengalaman gerak kerja belakang tabir pasukan untuk membawa pendaki utama menyempurnakan misi menawan Gunung K2 pada musim mendaki 2023.
Aku mengenali aktiviti mendaki gunung dengan Kelab Kembara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ARC Latepackers) pada tahun 2005. Sudah 16 tahun, aku masih bersama ARC Latepackers dan akan bersama selamanya.
Aku berpeluang mengenali mereka yang bersama ARC Latepackers bermula dari kumpulan pertama yang menyebabkan tertubuhnya ARC Latepackers sehingga generasi anak muda sekarang.
Apabila mendengar impian salah seorang ahli ARC Latepackers untuk menjadi rakyat Malaysia pertama ingin mendaki Gunung K2, di antara gunung yang paling mencabar di dunia, takkan la aku nak diam je. Satu projek besar ni, aku kena tolong mana yang mampu.
Dengan gabungan beberapa kawan-kawan ARC Latepackers gila yang lain, gerak kerja tersusun dan idealogi untuk bergerak bebas bermula dari ground zero, maka terlahirlah www.zeroto8000.com
Sebelum ini, apabila menyebut impian seseorang untuk mendaki gunung altitud tinggi, golongan pendaki sering dikaitkan dengan penajaan yang besar akan tetapi berbeza dengan nilai yang ZEROTO8000 ingin bawakan kepada rakyat Malaysia.
Teras inspirasi projek ini adalah untuk membakar semangat seluruh lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosial kehidupan mereka, untuk berani mengejar impian dan cita-cita mereka meskipun berhadapan dengan halangan dan keterbatasan hidup.
Maka mengambil kira teras ini, walau apa yang berlaku, segala rintangan dan cabaran selama 2 tahun mendatang impian kami adalah satu, membawa kawan kami Kicok untuk mengibarkan bendera Malaysia di Gunung K2.
Untuk permulaan, sokongan anda boleh diterjemahkan dengan pembelian kemeja-T jenama ZEROTO8000 melalui laman sesawang https://zeroto8000.com/shop/
Sesungguhnya tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia selagi kita mempunyai jiwa yang besar untuk berjaya, berusaha tanpa lelah dan tidak menyerah kalah walaupun kita terpaksa bermula dari ground zero.
Dari pihak kerja ZEROTO8000, aku berterima kasih di atas pembelian kemeja-T ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas.
Mulai saat ini, gerak kerja 2 tahun ke Gunung K2 bermula dan mana-mana pihak yang ingin turut serta dengan misi ini boleh menghubungi aku untuk kita susun sesi perkongsian pengalaman 27 tahun Kicok di dalam bidang pendakian.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2