Zero pada perkataan ZEROTO8000 bukan sekadar perkataan yang merujuk kepada permulaan perjalanan berbasikal Khafiz Al Kicok yang bermula dari Tanjung Piai, iaitu titik paling selatan tanah besar Asia pada kedudukan sifar meter dari aras laut.

Zero juga merujuk kepada zero ilmu pasukan ZEROTO8000 dari segi pengalaman dalam perniagaan menjual t-shirt sebagai salah satu medium cenderamata kepada sesuatu jenama.

Hampir 20 helai baju dibeli berlainan jenama, berat, kualiti dan pembekal supaya baju yang dicetak dan dijual memuaskan hati pembeli. Kami juga telah melawat 4 kedai percetakan pakaian untuk mendapatkan cetakan kualiti terbaik sebelum membuka tempahan baju kepada orang awam.

Semua ini dilakukan hanya dengan satu tujuan supaya kerja keras ini dapat diterjemahkan dengan semangat yang sama untuk membuktikan walaupun anda bermula dari ground zero, dengan semangat kerjasama berpasukan tak mustahil kejayaan itu akan tiba.

Bak kata salah seorang daripada kami, anda bukan sekadar membeli sehelai t-shirt, anda sebenarnya sedang membakar semangat rakyat Malaysia untuk membuktikan segalanya tidak mustahil dicapai dengan usaha dan keazaman yang jitu. Ia juga bukti bahawa kita tidak memerlukan “tongkat” untuk berjaya.

Berpaksikan teras kepada projek ini, ZEROTO8000 secara konsisten akan memastikan baju yang terbaik sampai kepada para penyokong ZEROTO8000 selari dengan tanggungjawab dan inspirasi yang kami sandang.

Untuk permulaan, sokongan anda boleh diterjemahkan dengan pembelian t-shirt jenama ZEROTO8000 melalui laman sesawang https://zeroto8000.com/shop/

Sekian, terima kasih semua.

#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2