Perjalanan saya ke puncak 8,000 meter bukan baru 2 hingga 3 bulan ni dirancang. Saya mula merancang sejak 20 tahun lepas dan fokus dalam target saya. Pada awal kerjaya selepas tamat pengajian saya agak sibuk untuk aktif mendaki. Jadi saya terpaksa mencari aktiviti lain supaya boleh mengekalkan stamina serta kesihatan dan saya sentiasa bersedia bila ada peluang. Saya bukan seorang yang aktif bersukan sejak sekolah, jadi tidak ada sukan yang saya boleh lakukan. Saya seorang kaki bangku sehinggalah saya mencuba untuk sertai acara larian. Bermula dengan larian 5 km hingga mampu berlari Full Marathon 42 km. Kemudian saya belajar berenang dari mampu berenang 50 meter sahaja hingga masuk acara Open Sea Swimathon 6.5 km. Kemudian mula beli basikal, masuk acara Powerman Duathlon dan akhirnya masuk acara Ironman Triathlon beberapa kali. Tapi semua sukan ni bukan minat sebenar saya. Saya cuma lakukan untuk saya kekal fit dan bersedia bila-bila ada peluang mendaki. Hingga kini saya rasakan proses persediaan ini dah terlalu lama. Hampir 20 tahun lamanya dan sekarang saya nekad dan tidak menunggu lagi. Saya sendiri kena melakukan sesuatu demi sebuah impian. Namun bukan sekadar impian, saya pastikan ia mempunyai manfaat sekurang-kurangnya untuk anak-anak saya dan selebihnya untuk negara. Tapi saya tak nak gunakan duit orang lain untuk impian saya. Saya usaha dengan cara menjual t-shirt. Kini ia semakin hampir. Tapi usaha mengumpulkan dana masih jauh. Kami perlu menjual 11,700 helai tshirt untuk menampung perjalanan ke Gunung K2. Kami amat mengharapkan sokongan semua rakyat Malaysia untuk membantu kami merealisasikan impian ini dengan membeli Tshirt ZEROTO8000 di website. Link berikut:- https://zeroto8000.com/shop/ #zeroto8000 #malaysiaberdikari
- +60167157912
- zeroto8000venture@gmail.com
- Johor Bahru