Untuk seseorang pendaki itu bersedia sebelum mendaki sesuatu gunung yang melebihi 8,000 meter adalah persiapan fizikal yang rapi mengikut kesesuaian altitud yang akan didaki. Untuk bahagian ini, Kicok bekerjasama dengan beberapa jurulatih kesihatan peribadi dan doktor pakar sains sukan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang merupakan juga salah seorang ahli tegar ARC Latepackers iaitu Doktor Nik Nadirah. Walaupun muda, Doktor Nik Nadirah merupakan salah satu doktor sains sukan yang menjadi asset penting kepada negara dan seterusnya kepada ZEROTO8000. Hari ini, beliau akan menguji tahap kesihatan dan fizikal Kicok sebelum merancang apakah latihan fizikal yang bersesuaian untuk Kicok sebelum menghadapi cabaran untuk mendaki Gunung K2. Bagi ZEROTO8000, kerjasama seperti ini amat diperlukan kerana kami akan memperkuatkan jaringan kami di dalam masyarakat dan dapat menyampaikan lagi apakah itu teras ZEROTO8000 iaitu untuk membakar rakyat Malaysia supaya berani mengejar impian meskipun berhadapan dengan halangan dan terpaksa bermula dari ground zero. Oleh itu, mana-mana pihak atau organisasi yang ini bekerjasama dengan ZEROTO8000 amat dialu-alukan supaya kita dapat membentuk satu pasukan terbaik dan sekaligus menjadi contoh kepada rakyat Malaysia yang kita tidak memerlukan “tongkat” untuk berjaya. Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat. Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih semua. #zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa