Selain kekuatan fizikal, kekuatan rohani juga penting di dalam persiapan Kicok untuk mendaki Gunung K2 pada September 2023 nanti.
Apabila niat Kicok untuk mendaki Gunung K2 dimaklumkan kepada orang awam, kami merancang untuk bertemu beberapa nama besar di dalam aktiviti pergunungan supaya misi dan visi serta teras kepada projek itu jelas dan mendapat sokongan.
Di antara individu awal yang ada di dalam senarai adalah Paam dan Deeno daripada Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA) di Alpine Camp Glamping, yang mana mereka adalah pendaki yang berpengalaman di dalam mendaki Gunung Everest dan beberapa gunung alpine lain di seluruh dunia.
Semangat dan kekuatan rohani sebegini penting supaya motivasi Kicok dapat berada di dalam keadaan terbaik sepanjang projek ini dilaksanakan. Kami juga merancang beberapa strategi bagi memantapkan lagi gerak kerja ZEROTO8000.
Paam dan Deeno berkongsi pengalaman apa itu Death Zone, apa yang badan pendaki perlukan, reaksi yang sepatutnya dan kesan kepada pendaki apabila berada di Death Zone. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan semoga dapat dipanjangkan lagi pada sessi akan datang.
Oleh itu, teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.