Salah satu usaha yang dilakukan untuk mempromosikan ZEROTO8000 adalah bekerjasama dengan individu atau organisasi untuk melakukan aktiviti sokongan seperti aktiviti berbasikal, mendaki, syarahan awam dan beberapa lagi aktiviti lain yang bersesuaian dengan konsep ZEROTO8000.
Di sini, kita dapat memberitahu kepada orang awam apakah idealogi yang kami bawa dan apakah TERAS ZEROTO8000 yang menjadi kekuatan kepada gerak kerja ini. Kami bukan hanya mahu ingin menghantar rakyat Malaysia pertama untuk mendaki Gunung K2 tetapi kami mahukan revolusi pemikiran yang lebih jauh dari itu.
Gambar dibawah dirakam ketika sahabat kami berkayuh basikal dan berhenti di Mentakab, Pahang untuk mencari tempat penginapan. Ada seorang Pak Cik Cina datang menyapa dengan kereta dan ingin tahu dari mana kami mula berkayuh dan ke mana tujuan akhirnya.
Dengan peluang yang ada, kami menceritakan apakah objektif, mengapa kami lakukan dan beberapa isi penting yang dinyatakan seperti di atas. Memang teruja Pak Cik tersebut mendengar kenapa kami buat semua ini dan dia nyatakan untuk membeli sehelai baju sebagai tanda sokongan.
Oleh itu, anda masih belum terlambat untuk memberikan sokongan kepada kami. Dengan masa dan peluang yang ada, kami menerima dengan hati yang terbuka sebarang sokongan dan dokongan melalui pembeli kemeja-T versi ZEROTO8000.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #gemuruhjiwa #malaysiaberdikari