“Minggu ni saya nak pegi Gunung Angsi, minggu depan saya pegi Gunung Datuk, minggu lepas Bukit Melati”

“uishhh rajin betul naik gunung. Tiap-tiap minggu!” balas saya

“nak training bang. bulan 9 nanti nak pegi Everest Basecamp” jawab sorang kakak ni penuh harapan

…………………………………………………

Bagus kakak ni. Bisik hati saya. Dia betul-betul usaha training untuk capai apa yang dia nak. Everest Basecamp bukan senang, ramai orang pewai dan terpaksa patah balik

 

TRAINING

Ini tajuk yang saya nak bincang. Tujuan training ialah untuk tingkatkan prestasi dan keupayaan kita

Saya nak berikan sedikit tips tentang TRAINING

  1. Training seperti kakak ni sangat bagus dan ramai orang buat training macam ni. Tapi kalau ada sikit adjustment ia akan lebih efektif
  2. Training mendaki macam kakak ni dapat latih keupayaan kardio dan muscle yang terlibat dalam aktiviti mendaki terutama muscle peha, hamstring
  3. Tapi, TRAINING dengan mendaki setiap minggu yang melibatkan aktiviti hampir sama tidak akan meningkatkan prestasi    

Biar betul? Baik saya jelaskan

  1. Kita boleh tingkatkan performance badan kita dengan training mengikut tahap
  2. Dan keupayaan badan kita akan meningkat jika kita “challenge” atau cabar badan kita untuk lakukan perkara yang sukar dan semakin sukar
  3. Cuba fikirkan apakah tahap anda sekarang? semua kita ada tahap tersendiri, ada yang beginner yang struggle untuk naik Gunung Datuk, ada yang sederhana yang boleh mendaki dengan selesa. Ada yang boleh mendaki Gunung Datuk dengan senyum je sampai puncak
  4. Bagi yang struggle tadi, kena training sampai akhirnya boleh mendaki dengan selesa
  5. Bagi yang sederhana kena training sampai boleh mendaki dengan tersenyum
  6. Tapi agak susah dan lambat untuk tingkatkan prestasi kalau buat perkara sama iaitu mendaki macam biasa

TIPS TRAINING UNTUK TINGKATKAN PRESTASI

Anda boleh teruskan mendaki setiap minggu, tapi cuba salah satu dari perkara ini:-

  1. Kalau minggu lepas naik Gunung Datuk anda sampai puncak dalam 3 jam, cuba percepatkan langkah dan sampai puncak dalam 2.45minit. Minggu depan 2.30minit dan seterusnya improve masa. Kita challenge badan untuk berjalan lebih laju
  2. Kalau anda berjaya mendaki Gunung Datuk dalam 2jam dan anda dah tak mampu improve sampai 1.30, cuba challenge badan dengan bawa beban 10kg
  3. Improve pula masa anda dengan membawa beban. Kalau dengan beban 10kg anda mendaki Gunung Datuk 2.30minit, tingkatkan prestasi dengan cuba mendaki 2.15minit, 2.10minit 2.00jam dan seterusnya
  4. Kemudian, tingkatkan pula beban jadi 15kg. Kita challenge pula badan dengan beban
  5. Kemudian anda cari trek yang lebih panjang dan sukar. Contohnya Gunung Nuang. Ulang teknik latihan yang sama
  6. Kemudian semakin sukar semakin sukar

Paham tak tips di atas? Pokoknya, prestasi itu boleh ditingkat dengan challenge badan kita. Kita cabar badan kita untuk lakukan benda yang lebih sukar dan semakin sukar.

Bukan buat benda yang hampir sama setiap minggu

Ok tips terakhir,

Prestasi anda juga lebih cepat improve kalau anda berlatih dalam gym dengan beban dan boleh target otot yang lebih spesifik. Boleh pilih hari ini nak buat latihan kardio, atau untuk otot kaki, untuk otot core dan sebagainya.

Good luck!!

Khafiz Al Kicok

ZEROTO8000