Bingkai bergambar ini ialah cenderahati dari Mehdi, seorang sahabat pendaki dari Iran. Gambar ini ialah sewaktu ekspedisi mendaki Gunung Alam Kouh dari arah utara, jalur pendakian yang teknikal dan bukan perjalanan mendaki biasa.

Ia adalah tembok besar (bigwall) menegak yang terdapat beberapa gred pendakian berbeza. Untuk ekspedisi ini, pasukan Mehdi mendapat anugerah The Most Epic Expedition of the Year oleh Mountaineering Federation of Iran. Untuk makluman semua, tidak ramai  yang mampu untuk mendaki laluan ini ketika musim sejuk kerana keadaan cuaca yang terlalu ekstrim berbanding musim-musim lain.

Saya pernah mendaki Gunung Alam Kouh tetapi dari arah Selatan yang lebih mudah. Daripada pemerhatian saya, Iran mempunyai organisasi dan persatuan mendaki yang sangat bagus. Ada banyak perkara yang patut kita belajar dari mereka untuk kita turut ke hadapan.

Saya berharap agar saya terus dapat belajar daripada para pendaki Iran demi kebaikan komuniti pendaki negara yang tercinta, Malaysia.