ARC Latepackers, satu nama yang mempunyai nilai tersendiri.
Beberapa hari sebelum itu, ZEROTO8000 ada sedikit masalah dengan cara data nak dikumpulkan, apabila kami panjangkan ke Latepackers, sepantas kilat cadangan untuk selesaikan masalah tu tiba.
Pada hari Ahad lepas, kami berkumpul di Subang untuk menyusun beberapa gerak kerja dan beberapa peluang kewangan yang boleh dijana sepanjang perlaksanaan projek dilakukan.
Di antara cadangan ialah dengan meletakkan gambar, video dan reka grafik sepanjang projek ini dilaksanakan di platform yang menjana pendapatan .
Kami juga berbincang isu ancaman keselamatan siber terhadap laman web ZEROTO8000 dan semuanya selamat buat masa ini.
Presiden kami juga datang dengan beberapa cadangan tambahan untuk memperkemaskan lagi kempen ZEROTO8000 dan pihak yang berpontensi untuk bekerjasama dengan ZEROTO8000. Ini adalah bidang kepakaran beliau dibantu dengan rangkaian kenalan yang beliau ada.
Bab paling seronok semestinya makan ramai-ramai, terima kasih Kak Tym dan Abang Raus sudi menyediakan Laksa Terengganu sebagai santapan di Taman JonWak. Sungguh menyelerakan, ditambah pula dengan buah segar dari Taman JonWak memang pelengkap terbaik sebagai pencuci perut.
Oleh itu, teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #gemuruhjiwa #malaysiaberdikari
About
ZEROTO8000 adalah satu manifestasi kepada perjalanan impian seorang rakyat Malaysia yang mempunyai satu hasrat iaitu meletakkan bendera Malaysia di peta dunia pendakian setaraf dengan pendaki-pendaki daripada negara luar.
Learn to Climb
Products
Get in touch
Address : Zeroto8000 Venture
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com