Gambar di ambil ketika kami membuat kunjungan ke sahabat kami dari Latepackers di Putrajaya. Aiyub Omar merupakan salah seorang ahli yang begitu aktif mendaki gunung sewaktu di UIA dulu.
Kami mendapat tahu bahawa Aiyub pernah ke Kem Utama K2 pada tahun 2015 dan salah satu tujuan kami ke sana adalah untuk mendengar pengalaman Aiyub sendiri ke Kem Utama K2. Aiyub juga pernah bertugas di Pakistan dan kini beliau bertugas sebagai Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
Memang seronok betul mendengar pengalaman beliau ke sana, bab pemandangan memang tak boleh dibandingkan kerana Pakistan terutamanya kawasan Skardu memang terkenal dengan pemandangan tanah tinggi yang begitu menarik. Beliau turut berkongsi beberapa foto yang ditangkap ketika ekspedisi ke Kem Utama k2.
Di antara keperluan ke Gunung K2 yang belum Kicok adalah ialah Summit Suit. Pakaian ini diperlukan ketika Kicok berada pada ketinggian 7,000 meter dan ke atas. Nak dijadikan cerita, Aiyub ada pakaian berkenaan, memang bertambah lengkap kunjungan kami ke sana.
Kicok mencuba pakaian berkenaan dan selesa dengan saiz yang Aiyub beli. Bila dah sarung, saiz kena, harga bincang kemudian, apa lagi angkat bawa balik terus. Secara tak langsung, lengkaplah pakaian utama Kicok ke Gunung K2.
Dengan ini diumumkan bahawa keperluan asas utama sudah sedia. Sekarang, kami hanya fokus kepada strategi untuk mempergiatkan kempen dan promosi bagi menghantar rakyat Malaysia pertama mendaki Gunung K2 berteraskan ZEROTO8000.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #gemuruhjiwa #malaysiaberdikari