Ground zero, salah satu perkataan yang hampir tepat menggambarkan kesan kepada beberapa kawasan di Lembah Klang akibat hujan berterusan dan banjir yang berlaku beberapa hari lepas.
Ada yang hilang nyawa, harta dan pelbagai harta penting lain kesan daripada bencana alama ini. Sedih dan pilu mengenangkan nasib mereka apabila melihat sendiri kesan yang mereka tanggung apabila ZEROTO8000 turun sendiri ke lapangan untuk menghulurkan bantuan tempoh hari.
Sedikit kata-kata semangat diberikan supaya mereka kekal positif dalam mengharungi dugaan yang sedang mereka tempoh. Ya, memang senang untuk berkata tetapi realiti yang mereka sedang dan akan tempuh tidak semudah kata-kata yang diucapkan.
Kesan daripada banjir ini juga kita dapat lihat rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan kepentingan bersatu hati dan tenaga untuk membantu rakyat Malaysia yang kesusahan dengan rela hati. Bak kata peribasa, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Kepada mangsa banjir, kekal bersemangat untuk memulakan kehidupan dari ground zero dengan penuh positif dibantu dengan sistem sokongan yang kuat untuk meneruskan kehidupan.
Gambar menunjukkan buaian di Laman Pok Nik yang tumbang akibat banjir tempoh hari. Kesan yang kami alami tidaklah seteruk kesan yang diterima oleh mereka di Hulu Langat, Shah Alam, Mentakab, Karak dan beberapa kawasan lain.
Laman Pok Nik, berehat seketika dan apabila keadaan mula reda kami bangkit dengan semangat membara untuk memberikan perkhidmatan terbaik sebagai salah satu tempat perkelahan paling cool kepada rakan-rakan.
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa