Go Touring, Get Lost
Ini adalah rekaan baju pertama yang direka untuk menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan Kicok untuk ke Gunung K2 pada 2023 di bawah jenama ZEROTO8000.
Oleh kerana Kicok merancang untuk berbasikal dari Malaysia ke Pakistan dan seterusnya mendaki Gunung K2 maka kami merasakan sesuai untuk mereka satu rekaan baju yang menggambarkan jiwa lasak seorang pengayuh basikal.
Ikon yang dipaparkan adalah alatan-alatan utama yang dibawa sewaktu berkayuh basikal berkonsepkan touring. Kayuhan sebegini lebih santai, tidak terkejar dan lebih kepada menikmati kehidupan dan sosio budaya penduduk tempatan di sepanjang laluan kayuhan.
Slogan Go Touring, Get Lost pada baju memaparkan jiwa pengayuh basikal berbasikal mengikut denyut hati dan terus berkayuh serta asyik dengan aktiviti ini. Setiap saat dan setiap kayuhan dibuat bermaksa sehingga menjadikan kehidupan ini bukan sesuatu rutin yang membosankan.
Dalam jangka waktu terdekat, Kicok akan merancang untuk memulakan kembali kayuhan beliau dari Pengkalan Kubur ke sempadan antara Thailand dan Laos. Ini adalah program kayuhan sokongan bagi beliau memulakan proses promosi ZEROTO8000 di jalanan pada peringkat antarabangsa.
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa