Di Sini Bermula
Selepas mereka baju yang menggambarkan jiwa lasak seorang pengayuh basikal jalanan. Untuk memperkenalkan ZEROTO8000 pun seharusnya kami tampil dengan satu kemeja-T yang menggambarkan permulaan ZEROTO8000 dan konsep baju yang akan dijual kepada para penyokong ZEROTO8000.
Fikir punya fikir, maka terhasilah baju kedua seperti yang ada pada gambar ini. Perkataan Di Sini Bermula, menyatakan bahawa projek ZEROTO8000 secara zahirnya bermula dari Tanjung Piai, Johor.
Monumen Taman Negara Tanjung Piai pada rekaan baju ini merujuk kepada simbolik tempat permulaan projek ZEROTO8000 iaitu penghujung Selatan Tanah Besar Asia yang juga berketinggian sifar meter dari aras laut.
Warna merah dan biru pada bahagian baju ini merujuk kepada negeri permulaan perjalanan ZEROTO8000 iaitu Johor Darul Takzim. Dijadikan cerita, Kicok juga adalah seorang anak jati Johor yang berasap dari Pontian, Johor.
ZEROTO8000 pada baju ini semestinya menceritakan manifestasi kepada perjalanan impian Kicok yang mempunyai satu hasrat iaitu meletakkan bendera Malaysia di peta dunia pendakian setaraf dengan pendaki-pendaki daripada luar negara.
Penzahiran maklumat-maklumat di atas dengan jelas menyatakan bahawa ZEROTO8000 bukan sekadar menjual kemeja-T tetapi kami menjual cerita yang bukan biasa-biasa mengenai impian seorang rakyat Malaysia ke persada antarabangsa.
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa