Sudah 51 helai baju ini terjual setakat ini. Satu pencapaian luar biasa kerana dari segi rekaan boleh dikatakan agak ringkas tetapi memberi maksud yang begitu mendalam kepada pereka, pembeli dan pemakai kemeja-T ini.

Gambar pada baju ini menggambarkan tiga puncak gunung dunia yang sudah ditawan oleh pendaki utama ZEROTO8000 iaitu gunung Cartensz Pyramid, Kilimanjaro dan Aconcagua. Ketiga-tiga ini adalah sebahagian daripada tujuh puncak tertinggi di dunia.

Kenapa susah-susah naik gunung? Duduk rumah kan senang. Pelik betul la hobi kau ni, cari la yang lain sikit. Don’t Ask Me WHY pada rekaan baju ini menjawab persoalan yang sebegini yang mana kepuasan sesuatu hobi itu hanya si pelaku hobi sahaja yang mengerti.

Perkataan ini tidak terhad kepada hobi mendaki gunung sahaja tetapi terbuka kepada mereka yang melakukan aktiviti lain sebagai hobi. Hobi ini begitu luas dan mendalam maknanya, hanya individu itu sendiri yang mengerti maknanya dan disebabkan itu, Don’t Ask Me WHY.

Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.

Layari www.zeroto8000.com/shop untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih semua.