Ini adalah bungkusan baju yang akan dipos hari ini bagi tempahan yang dibuat sehingga 31 Januari 2021. Kesemua baju telah siap semalam dan akan dihantar kepada syarikat penghantar tengah hari nanti.
 
Semalam juga kami telah menutup pembelian baju untuk fasa keenam dan penghantaran untuk fasa tersebut akan bermula pada 29 Januari 2022. Sekarang kami membuka tempahan baju untuk fasa ketujuh sehingga 21 Januari dan penghantaran akan bermula pada 5 Februari 2022.
 
Begitulah bagaimana belakang tabir model penjualan baju dijalankan oleh ZEROTO8000 bagi mengimbangkan kedudukan kewangan untuk menjana keuntungan bagi menghantar Kicok untuk mendaki Gunung K2 pada tahun 2023.
 
ZEROTO8000 juga dalam proses akhir untuk memperkemaskan lagi beberapa rekaan baju terbaru yang akan dimuat naik dalam masa terdekat. Rekaan baju ini lengkap untuk satu keluarga daripada saiz anak, bapa, ibu sehinggalah ke atuk dan nenek. Sama-sama kita nantikan rekaan baju terbaru ni yang lebih cool berbanding dengan rekaan sebelum ini.
 
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
 
Layari www.zeroto8000.com/shop untuk maklumat lanjut.
 
Sekian, terima kasih semua.
 
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa