Sejujurnya, rekaan karabiner bertatahkan corak batik inilah rekaan baju yang paling dirisaukan penerimaan pasaran kerana rekaan baju ini yang begitu ringkas dan ceritera yang entah faham ke entah tidak oleh orang yang melihat rekaan baju ini.

Akan tetapi, Kira ok la, sudah 60 helai baju terjual dengan rekaan karabiner bertatahkan corak batik ini.

Karabiner ini kiranya alatan asas untuk mendaki gunung altitud tinggi termasuk Gunung K2.

Corak batik pula sinonim dengan warisan seni melayu yang mempunyai rekaan terang dan menarik. Walaupun sudah berusia ratusan tahun. Seni corak batik tetap relevan dan segar sehingga ke hari ini.

Jadinya, gabungan karabiner dan batik adalah simbolik kepada asas dan teras ZEROTO8000 yang akan kekal sehingga dunia tiba ke penghujung. Lebih kurang macam tuh la penceritaan rekaan baju ini.

Bagi kami, memang nampak cool rekaan baju ini dan lain daripada lain. Untuk rekaan seterusnya, kami merancang untuk menerapkan inspirasi unsur corak pua kumbu, yang terkenal sebagai barang budaya di Sarawak.

Hanya tinggal 25 helai sahaja untuk rekaan baju ini, S – 9, M – 7, L – 3 dan XXL – 6. Cepat-cepat buat pembelian sebelum baju kehabisan stok.

Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.

Layari www.zeroto8000.com/shop untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih semua.

#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa