Oleh kerana kami tidak tahu apakah respon daripada rakan dan orang awam berkenaan projek ZEROTO8000 dan reaksi berkenaan rekaan t-shirt jenama ZEROTO8000, maka kami memilih untuk menjual t-shirt menggunakan konsep pre-order sebagai permulaan di laman sesawang www.zeroto8000.com
Untuk memastikan proses pembelian t-shirt berjalan lancar, kami menggunakan sistem e-dagang bagi memudahkan urusan jual beli. Dana permulaan juga tidak besar, justeru itu kami membuat jualan mengikut fasa untuk beberapa bulan pertama ini.
Kami memilih pendekatan ini juga supaya aliran tunai kami berada pada tahap positif bagi mengelakkan dana yang ada tidak tersangkut pada baju. Stok t-shirt juga menggunakan konsep Just-in-time supaya pusing ganti stok kepada tunai adalah cepat.
Untuk permulaan juga, dana dibelanjakan untuk laman e-dagang dan rakaman beberapa video sebagai medium promosi ZEROTO8000.
Setiap hari, kami mengemaskini bilangan baju yang ditempah para penyokong ZEROTO8000 kepada pihak pencetak baju supaya mereka bersedia sebelum tempahan akhir untuk setiap fasa dihantar kepada mereka.
Untuk proses penghantaran, kami akan menggunakan easyparcel.com, antara platform yang terbaik untuk penghantaran barangan e-dagang. Kami akan mengemaskini nombor pengesanan kepada para pembeli melalui e-mel apabila t-shirt sedia untuk penghantaran.
Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum pesanan baju untuk fasa pertama berakhir pada 10 Disember 2021. Ayuh kita semarakkan teras ZEROTO8000 dengan membuat pembelian t-shirt di https://zeroto8000.com/shop/
Kami tegas dalam pendirian kami untuk tidak meminta bantuan. Kami sedar yang kami sedang menongkah arus kerana kami tidak mendampingi pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan dana.
Kerana kami yakin rakyat Malaysia akan bersama kami.
Ayuh rakyat Malaysia!!!
MALAYSIA BOLEH
MALAYSIA BERDIKARI
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2