Salah satu perkara menarik di antara kami apabila idea menjual t-shirt timbul adalah, tidak ada seorang pun daripada kami yang kerap membeli t-shirt. Majoriti daripada kami hanya memakai t-shirt ekspedisi gunung yang kami anjurkan atau acara larian, berbasikal dan triathlon yang disertai.

Di antara langkah awal yang kami ambil ialah dengan membeli beberapa baju jenama lain sebagai rujukan. Baju di dalam gambar adalah dua baju daripada jenama ceritanco dan manabro.my yang dimiliki oleh dua youtuber popular dikalangan anak muda.

Gaya Hidup Adventurer dan Normal is Not My Thing memang kena la dengan tema kehidupan kami.

Belek punya belek dapatlah gambaran macam mana nak buat rekaan t-shirt untuk jenama ZEROTO8000. Kami bertujuh pula memang haram nak ada seni. Mengikut profession ada yang berniaga pavlova, perabot, agen takaful, jurukhidmat pengurusan perniagaan dan peguam. Memang tersangat kayu la kalau nak merekabentuk rekaan t-shirt.

Kami menggunakan kepakaran hampir enam orang pereka grafik untuk menyiapkan poster, logo, t-shirt dan beberapa alat promosi lain. Mujurlah corak t-shirt yang dihasilkan boleh dijual. Memang kami berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pereka grafik yang terlibat untuk fasa pertama ini.

Sehingga ke hari ni sudah lebih 270 helai baju terjual. Memang jauh lagi dari sasaran awal tetapi dengan beberapa perancangan kempen dan promosi yang akan dilaksanakan kami yakin, kami akan berjaya juga untuk menghantar rakan kami mendaki Gunung K2 pada tahun Ogos 2023.

Oleh itu, anda masih belum terlambat untuk membuat pembelian t-shirt ini sebagai tanda sokongan kepada projek ZEROTO8000 melalui laman sesawang https://zeroto8000.com/shop/

Sekian, terima kasih semua.

#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2