Margin keuntungan menjual t-shirt adalah perkara yang paling penting di dalam misi ZEROTO8000. Ini adalah kerana dengan margin keuntungan inilah yang akan membawa Kicok ke Gunung K2 pada musim pendakian Ogos 2023.
 
Fikir punya fikir, kami pun setuju untuk menjual t-shirt dengan harga RM65 termasuk kos penghantaran kepada semua penyokong ZEROTO8000.
 
Mengawasi margin keuntungan ini adalah mustahak kerana, perbezaan sedikit di antara anggaran margin dan margin sebenar akan menyebabkan jumlah jualan t-shirt akan berbeza untuk membiayai kos pendakian Kicok kelak.
 
Untuk sehelai baju yang berharga RM65, kami harus fokus juga kepada kepuasan para penyokong t-shirt ZEROTO8000 yang merangkumi kualiti t-shirt, pembungkusan, cepat dan lambat t-shirt itu diterima oleh para penyokong ZEROTO8000.

Bukan satu perkara yang mudah untuk memperoleh jumlah keuntungan yang diperlukan, mengawal kualiti, memberikan kepuasan yang terbaik kepada penyokong ZEROTO8000 dan juga elemen Lembaga yang hanya mahu kutip duit tetapi kurang memberatkan keadilan. Nak tak nak, inilah realiti yang sedang kami depani untuk menyempurnakan misi besar ini.

Sehingga ke hari ni sudah lebih 300 helai baju terjual. Memang jauh lagi dari sasaran awal tetapi dengan beberapa perancangan kempen dan promosi yang akan dilaksanakan kami yakin, kami akan berjaya juga untuk menghantar rakan kami mendaki Gunung K2 pada tahun Ogos 2023.
 
Oleh itu, anda masih belum terlambat untuk membuat pembelian t-shirt ini sebagai tanda sokongan kepada projek ZEROTO8000 melalui laman sesawang https://zeroto8000.com/shop/
 
Sekian, terima kasih semua.
 
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2