Sebelum projek ZEROTO8000 dilancarkan, Kicok memang tidak aktif di media sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Akan tetapi, beliau aktif menyiarkan kandungan aktiviti pergembaraan beliau di Youtube: Khafiz Al Kicok sejak 2 tahun lepas. Kini terdapat 95 kandungan video merangkumi log pergunungan, perkongsian berkenaan aktiviti serta petua pergunungan altitud tinggi dan log video berkenaan aktiviti berbasikal.

Sehingga kini, subscribers di Youtube Kicok adalah 1,500 dan jika anda belum subscribe lagi, bolehlah berbuat demikian dengan menekan link di bawah:

https://www.youtube.com/channel/UCcHix8dxSEsIbuoB0GOnq0Q

Untuk projek ZEROTO8000 ini, Kicok perlu aktif di media sosial kerana apa yang ingin beliau lakukan ini bukan satu perkara kecil dan tak semua orang boleh lakukan. Ditambah pula dengan TERAS ZEROTO800 iaitu membakar semangat seluruh lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosial kehidupan mereka, untuk berani mengejar impian dan cita-cita mereka meskipun berhadapan dengan halangan dan keterbatasan hidup.

Untuk permulaan, kami merancang menjenamakan Khafiz Al Kicok di platform ML Studios. Perancangan dan isi kandungan dah cantik tetapi video yang dirakam tidak menepati kriteria ML Studios. Jadi terpaksa lah kami rakam kembali video berkenaan.

Di sini jelas, membuktikan bahawa kami juga bermula dari ground zero apabila berbicara berkenaan engagement, like, followers, subscribers dan beberapa jargon lain yang dikaitkan dengan media sosial di dalam perjalanan kami ke 8,000 meter.

Namun, kami tidak berputus asa dan sudah merakam dan akan menghantar video baru ke ML Studios di dalam perjalanan kami menjenamakan Khafiz Al Kicok. Di dalam proses penjenamaan Khafiz Al Kicok ini, kami mengharapkan pendengar di ML Studios akan ke laman sosial Khafiz Al Kicok di bawah:

https://www.instagram.com/khafizalkicok/
https://www.facebook.com/khafiz.alkicok/

seterusnya mendarat di https://zeroto8000.com/ dan tahu apakah itu ZEROTO8000.

ZEROTO8000 juga di dalam perancangan untuk mengadakan sessi syarahan awam di mana sahaja dengan tajuk In Quest of Mount K2 – ZEROTO8000. Objektif syarahan awam ini adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya mengejar impian yang diinginkan berasaskan teras ZEROTO8000 dan pengalaman mendaki Kicok selama 27 tahun.

Jika berminat, boleh emelkan ke zeroto8000venture@gmail.com atau tinggalkan komen di bawah untuk pihak ZEROTO8000 aturkan urusan sessi syarahan awam berkenaan.

Akhir kata, dengan sokongan dan dorongan rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia, anda masih belum terlambat untuk membuat pembelian t-shirt ini sebagai tanda sokongan kepada projek ZEROTO8000 melalui laman sesawang https://zeroto8000.com/shop/

Sekian, terima kasih semua.

#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2