Ini adalah gambaran awal, baju yang sudah dicetak untuk penghantaran pertama kepada para penyokong ZEROTO8000 pada 20 Disember 2021 nanti. Ini adalah rekaan Gunung Kinabalu berkonsepkan garis seni menggunakan ilham warna bendera Sabah.
Secara peribadi, terpegun betul aku dengan hasil baju ni bila dicetak kerana baju ini bukan sekadar baju bagi aku. Baju ini menggambarkan teras yang kami percaya di ZEROTO8000, ditafsirkan melalui baju mengikut tema yang digemari.
Baju ini akan diingati sebagai lambang usaha keras kita rakyat Malaysia di dalam perjalanan menghantar seorang rakyat Malaysia untuk mengejar impian dan mendaki Gunung K2 sebagai sumber inspirasi kepada kita semua.
Impian ini bukannya impian peribadi tetapi impian kita menunjukkan bahawa dengan usaha keras, bersungguh-sungguh dan tidak malu pasti kejayaan itu akan tiba.
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan beberapa lagi kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #gemuruhjiwa #malaysiaberdikari
About
ZEROTO8000 adalah satu manifestasi kepada perjalanan impian seorang rakyat Malaysia yang mempunyai satu hasrat iaitu meletakkan bendera Malaysia di peta dunia pendakian setaraf dengan pendaki-pendaki daripada negara luar.
Learn to Climb
Products
Get in touch
Address : Zeroto8000 Venture
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com