Bagai sirih pulang ke gagang, itulah peribahasa yang sesuai apabila Kicok melakukan kunjungan ke UIA pada 12 Disember lepas untuk bertemu pimpinan baru Adventure and Recreational Club (ARC). Di sinilah, antara tempat bermulanya minat dan inspirasi Kicok di dalam aktiviti pergunungan.
Pada malam tersebut, Kicok berkongsi pengalaman bagaimana dia bermula dengan aktiviti pendakian bersama ARC, nilai yang diperoleh serta apakah misi dan visi yang ingin di bawa selari dengan TERAS ZEROTO8000.
Di antara sorotan ucapan beliau pada malam tersebut ialah, beliau ingin memecahkan persepsi bahawa untuk menganjurkan ekspedisi besar seperti ekspedisi ini, kita perlu meminta penajaan daripada mana-mana organisasi untuk berjaya. Budaya sebegitu harus diberhentikan, kita perlu berusaha sendiri walaupun terpaksa bermula dari ground zero untuk kita mengejar dan mencapai cita-cita.
Disebabkan itu, kita memerlukan jaringan persahabatan dan persaudaraan yang kuat untuk menjayakan objektif pasukan. Apabila semangat dan impian yang sama dikongsi, tak mustahil dan pasti misi besar seperti berjaya disempurnakan dengan jayanya.
Di akhir ucapan, Kicok berkongsi berkenaan Summit Suit dan semestinya mereka semua teruja apabila melihat salah satu kelengkapan yang akan digunakan Kicok untuk mendaki K2.
Secara keseluruhan perbincangan berjalan lancar, kami bersetuju untuk gerak kerja selama dua tahun ini terutamanya dari segi penyampaian media sosial dan kekuatan sukarelawan anak muda sebagai tulang belakang untuk projek ini.
Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.
Layari www.zeroto8000.com untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih semua.
#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #gemuruhjiwa #malaysiaberdikari