Kayuhan hari ni sampai ke destinasi yang nak dituju iaitu Cherating cuma jenis penginapan yang berbeza. Dari khemah ke hotel sebab hujan.
Kitorang kena hujan dari pukul 11.30pg kat Kuantan sampailah pukul 5.30ptg tadi masa sampai di Cherating.
Sudahnya checked in kat Holiday Villa. Sebelum tu kitorang nak check in kat Titik Vila tapi dah penuh. Kayuh lagi dan nampak Holiday Villa ni. Ada bilik kosong dan pada harga berpatutan. So here we are.
Seminggu sebelum aku kayuh, Faiz Mohamad dah mesej nak jumpa aku, sepatutnya di Kemaman tapi semalam dia kata jumpa di Cherating.
So malam ni Faiz yang datang dari Kemaman, bawak kitorang keluar makan malam. Kalau takde Faiz ni, memang makan kat hotel la jawabnya sebab kat luar tu masih lagi hujan.
Faiz ni seorang Perunding Takaful jugak, cuma lain agensi. Kenal hanya di fb pun pasal takaful. Bila dia dapat tahu aku akan berkayuh ke Pantai Timur, terus dia pm kata nak ajak jumpa.
So borak dengan Faiz dari topik Ironman ke ZEROTO8000 dan berakhir dengan takaful. Faiz ni dulu seorang Engineer di offshore tapi berhenti kerja untuk buat takaful secara sepenuh masa. Respect kat anak muda macam Faiz ni.
Terima kasih Faiz bawak kitorang keluar makan malam dan tahniah, bakal mendapat kenaikan pangkat ke UM pada tahun 2022.