Beberapa minggu ini kita dengar beberapa berita menyedihkan di Gunung Rinjani melibatkan seorang pendaki Malaysia dan terbaru dari Brazil
.
Ramai yang komen dan berikan pandangan tapi saya nak ceritakan pengalaman saya dalam satu kejadian
.
Saya mendaki Gunung Xueshan di Taiwan bersama kawan-kawan dan ketika itu saya lead team saya di depan barisan. Keadaan hard snow + ice menyukarkan pendakian dan saya terpaksa pecahkan salji keras sepanjang jalan untuk membuat stance untuk membolehkan kami pijak salji dengan crampon. Setiap tapak kena pecahkan salji. Berpeluh jugak sejuk sejuk tu😅
.
Salji keras agak berbahaya sebab ia sangat licin. Silap pijak akan tergelincir dan terus jatuh menggelongsor beberapa ratus meter
.
Pagi itu di awal pendakian saya ajar teknik cramponing dan self arrest (cara jatuh dan berhenti) kepada peserta di awal pendakian iaitu masa permulaan trek salji. Mendaki di hard snow perlu teknik berpijak menggunakan dengan crampon yang baik
.
Sedang saya mendaki di tebing curam saya nampak satu kumpulan lain sedang mendaki turun dari puncak. Kebetulan group ini juga dari Malaysia dan saya kenal beberapa orang dalam group ni
.
Selang beberapa minit saya nampak seorang jatuh terduduk dan terus menggelongsor, sliding lebih kurang 100m kemudian melambung dari atas batu dan jatuh terhempas. Kami semua dalam satu barisan nampak bagaimana dia terhempas dan sangat menakutkan
.
Saya sendiri rasa takut, istigfar banyak kali dan cuba bertenang sebab saya ada lebih 10orang di belakang saya untuk saya pastikan keselamatan mereka
.
Saya minta dua pendaki paling belakang turun untuk tengok mangsa. Diaorang pun gigil nak turun! Saya pusing belakang, cuba pecahkan snow di setiap kaki pendaki supaya boleh pusing menghadap belakang dan berjalan turun
.
Semua gigil, saya pun sebenarnya gigil tapi terpaksa tenangkan diri untuk bertindak
.
Sedang kami semua turun untuk lihat mangsa saya nampak kumpulan pendaki yang di atas tadi struggle untuk turun sebab semua ketakutan dan hilang confidence. Jadi saya mendaki semula untuk bantu mereka turun sementara kawan lain bantu mangsa
.
Sampai di lokasi mangsa, keadaan dia agak teruk. Tulang peha patah dan terpusing ke belakang. Sesekali dia sesak nafas sebab tulang rusuk patah dan cucuk paru-paru. Tak banyak boleh kami lakukan kecuali tunggu bantuan dan cuba tenangkan mangsa
.
Kebetulan ada seorang pendaki Taiwan hubungi helikopter rescue. Jadi kami menunggu helikopter
.
Lepas hampir 2jam, saya ambil keputusan untuk bawa mangsa turun sebab dari keadaan cuaca berkabus saya pasti heli tak boleh datang
.
Jadi saya minta beberapa orang untuk turun ke cabin (camp) untuk ambil stretcher. Tapi sementara tu saya dan kawan-kawan cuba untuk turunkan mangsa perlahan-lahan memandangkan tak lama lagi matahari terbenam
.
Ini fakta penting untuk anda tahu yang mahu saya sampaikan dalam kisah ini:-

Bila kawan saya turun ke cabin untuk minta stretcher, TIADA STRETCHER!!! ini bermakna pengurusan taman negara Shei-Pa tidak bersedia dengan kemalangan. Strecther ialah perkara asas yang MESTI ADA! di setiap basecamp/mountain hut
.
Akhirnya kami bawa turun dengan buat stretcher dari trekking poles (sambung dan ikat) dan gunakan kain batik. Kebetulan kawan saya ada bawa kain batik (untuk bergambar) dan saya bawa climbing rope, mudah sikit urusan kami. Kami 6-8orang bergilir angkat mangsa sampai tempat berlindung
.
Proses bawa mangsa ke tempat selamat amat susah dan memenatkan, ada antara kami yang terjatuh tapi alhamdulillah tidak cedera
.
Tiada local rescue team, tiada stretcher, tiada heli. Rescue team tiba pada hari kedua
.
Panjang cerita ini tapi saya nak tamatkan di sini
…………………………

Perkara penting ialah di gunung kita kena siap-siaga untuk kemalangan. Tiada Stretcher di basecamp memang tidak boleh diterima. Ia menunjukkan pengurusan taman negara tidak bersiap untuk sebarang kemalangan
.
Untuk gunung yang ada ramai pendaki setiap hari seperti Kinabalu, Rinjani, Kerinchi memang perlu ada persediaan rapi untuk respond segera kepada kemalangan. Peralatan dan pasukan penyelamat seharusnya ada di station berdekatan
.
Kinabalu adalah contoh terbaik sebab sentiasa ada Bomba, rescue team terlatih yang siap sedia di Panarlaban pada setiap hari. Jadi sebarang kemalangan mereka akan respond dengan segera
.
Cuma saya tak pasti sejauh mana persediaan rescue team jika ada pendaki terjatuh ke Lost Gully. Means kalau terjatuh dari puncak ke arah belakang. Atau mana-mana kawasan yang berisiko pendaki terjatuh di tempat yang susah di selamatkan
.
Sama seperti latihan kebakaran, latihan kemalangan keretapi, latihan menyelamat gempa bumi dan lain-lain, mungkin perlu di buat drill menyelamat di kawasan ini dan peralatan menyelamat sentiasa tersedia di tempat berhampiran
.
Jika risiko jatuh dari gunung menjangkau 600meter, maka peralatan juga harus tersedia di basecamp untuk tujuan menyelamat di termpat tersebut. Jadi tindakan dapat di lakukan segera kerana peralatan sudah siap sedia berdekatan
.
Maafkan saya jika saya kurang maklumat. Kemungkinan besar rescue team Kinabalu sudah pun buat simulasi menyelamat di kawasan ini. Terima kasih dan tahniah jika ia sudah dilaksanakan
.
Saya cuma menulis mengaitkan kesiapsiagaan dalam menyelamat dengan mengambil iktibar dari kes saya di Taiwan dan kes di Rinjani baru inj
.
Dalam setiap kemalangan yang berlaku, apa yang terpaling penting ialah sikap pro aktif untuk ambil iktibar dalam kejadian tersebut untuk mengelakkan ia berulang dan persediaan jika ia terjadi lagi
.

Jadi semua pihak perlu ambil iktibar. Kita sebagai pendaki juga perlu ambil iktibar iaitu berhati-hati dan ambil langkah keselamatan terbaik

*selepas kejadian saya kembali ke Taiwan pada tahun berikutnya (2016) dan dapati sudah ada stretcher lengkap PAC (Portable Altitude Chamber).
Saya juga perlu ambil iktibar dari kejadian ini. Selepas itu jika mendaki di Taiwan saya sentiasa bawa climbing rope dan mendaki secara short roping demi keselamatan walaupun salji lebih baik.

* selepas kejadian ini juga saya perbaiki module latihan dan mengajar teknik mendaki dengan lebih baik. Setiap trip mendaki di Taiwan, China etc saya mengajar teknik cramponing, self arrest, short roping etc supaya setiap peserta dapat pengalaman yang boleh digunakan pada masa akan datang (gambar terakhir)

Kemalangan boleh berlaku, kadang memang tidak dapat dielakkan. Tapi yang penting ialah SEJAUH MANA KITA BELAJAR DARI KEMALANGAN

Apa tindakan kita sebagai pendaki? Sebagai pihak berkuasa & pengurusan

Khafiz Al Kicok
ZEROTO8000