Tanpa perancangan rapi, tanpa sosial media, tanpa supporter dan publisiti. Ini memang style aku kalau berbasikal touring. Tiga tahun lepas, aku terlintas untuk berbasikal touring menjelajah Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur, Indonesia selepas menonton filem ‘Aisyah biarkan kami bersaudara’ yang dirakam di Pulau Flores. Seminggu lepas tu aku terus beli tiket 1 hala dari Singapura ke Bali dan ke Maumere, bandar paling selatan di Pulau Flores.
 
Aku beli tiket 1 hala sahaja sebab aku tidak ada sebarang target tempoh kayuhan. Aku tak suka kayuh rushing. Aku nak kayuh santai dan nikmati alam Flores. Motto aku kali ni, The Plan is NO PLAN.


Bunyinya agak pelik tapi ya benar, aku cuma tetapkan tempat bermula di Maumere dan berakhir di Labuan Bajo sejauh 650 km. Apa yang berlaku dalam perjalanan, memang takde sebarang plan. Aku berkayuh mengikut gerak hati dan kaki, mana-mana tempat yang cantik aku akan luangkan masa dan explore. Sampai lah hampir tiba di Labuan Bajo baru barulah beli tiket balik ke Malaysia.
 
Begitulah juga permulaan kayuhan aku ke Pakistan menuju Gunung K2. Untuk kayuhan ni, memang aku tidak plan secara detail. Aku cuma tetapkan bermula dari Tanjung Piai Johor, penghujung paling selatan benua Asia, melalui Thailand, Laos, China dan Pakistan dalam tempoh 1 tahun. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan, aku hanya mengikut rentak hati dan kaki. The Plan, is No Plan.
 
Seminggu sebelum mulakan kayuhan aku ajak Taufik, partner cycling yang sama ketika di Flores. Dia tanya kita nak ke mana? Aku jawab Pakistan. Tanpa sebarang pertanyaan lanjut, hanya “Jom” jawapan dia. Aku kemas barang-barang ala kadar dan suruh Syu hantar aku ke Tanjung Piai naik kereta dan aku suruh dia balik. “Kita nak lalu mana ni Fik?” tanya aku. “Kita kayuh dulu, sampai trafik light Pontian kita tengok, nak belok mana. Kalau rasa nak belok kanan maknanya kita kena lalu Kota Tinggi untuk ke Mersing. Kalau rasa nak lalu Kluang ke Mersing kita terus je”. Senang je plan aku.
 
So mula agak lambat sebab sarapan dulu. Baru jalan beberapa km, nampak sorang pakcik tengah kopek kelapa. Bertimbun-timbun kelapa nak dikopek. Hmmmm macam best je kalau amik gambar pakcik ni. Aku patah balik dan lepak berbual dengan Pakcik tu sambil amik video. Seawal jam pertama dah dapat pengalaman baru, berkenalan dengan Pakcik Si Pengopek Kelapa.
 
Hari pertama kayuhan memang agak letih. Baru nak biasakan kaki dan pinggang dengan basikal touring. Memang jarang-jarang basikal ni keluar rumah melainkan nak jalan jauh.
 
Part 1: Bersambung….
 
#zeroto8000 #khafizalkicok #malaysiaberdikari