Nota hari ke empat
Day 4 (28 Dec) : Pantai Hiburan – Endau – Penyabong – Pantai Mawar – Pantai Air Papan.
Jarak perjalanan 65km. Jalan flat sampai ke Pantai Mawar. Lepas Pantai Mawar jalan dah mula mendaki. Ada 4 bukit kena climb di kawasan ini.
Beberapa orang local bagi nasihat yang sama, jaga jaga dengan beruk selepas Pantai Mawar. Fuhh memang betul. Dah macam lalu kawasan gangster. Banyak betul beruk sepanjang stretch 4km. Muka garang je dok tgk orang kayuh. Ada juga seekor dua yang kacau. Jerit kuat kuat bagi takut. Tak banyak kereta lalu kawasan ini. Haha
Mula jam 11pagi. Sampai jam 5 petang. Elok sampai Pantai Air Papan, pedal patah. Esok tukar pedal di Mersing dan sambung ke Sedili melalui jamaluang.