Tahun 2019, kami berkayuh ke Melaka selama 3 hari 2 malam. Tahun 2020, kami berkayuh ke Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam. InsyaAllah, Ahad depan kami akan berkayuh lagi dan kali ini destinasi kami ialah ke Kota Bharu selama 10 hari 9 malam. Kayuhan kali ini akan disertai oleh seorang rakan saya juga. Kali ini penginapan kami adalah secara perkhemahan (bergantung kepada keadaan cuaca) dan sesekali kami akan tidur di hotel. Sebenarnya saya memang mengimpikan aktiviti-aktiviti sebegini untuk saya lakukan pada usia saya 50 tahun nanti tetapi, Alhamdulillah saya dapat melakukannya 5 tahun lebih awal. Syukur juga sebab Iyaz Rozaimi memang minit dengan aktiviti berbasikal seperti ini. InsyaAllah, laluan kami ialah Gombak- Temerloh – Kuantan – Kemaman – Kuala Terengganu – Penarik – Kota Bharu. Mohon doakan ke selamatkan kami sepanjang kayuhan dan sesiapa yang terjumpa kami, tegur-tegur la ya Sementara tu, teruskan menyokong ZEROTO8000 www.zeroto8000.com/shop/ #zeroto8000
- +60167157912
- zeroto8000venture@gmail.com
- Johor Bahru