Hikers give up dan patah balik dalam sejam pertama pendakian. Betul tak? Selalu tak jumpa hikers yang struggle pada awal mulakan trek
.
Baru ni saya ke Gunung Ledang. Best dapat kembali ke Gunung Ledang yang sebenarnya gunung pertama saya 30tahun lepas. Saya masih bersekolah pada tahun 1995 bila saya ke Gunung Ledang
.
Tak sangka 27 tahun lepas tu saya ialah team Malaysia pertama di puncak Gunung Manaslu 8163m ke8 tertinggi dunia. Dan pada 2023 saya ialah individu Asia Tenggara ke5 berjaya mendaki Gunung K2 8611m, ke2 tertinggi dunia
.
Jadi Gunung Ledang amat dekat di hati saya
.
Bagi anda yang baru mula mendaki, saya ingin katakan bahawa tidak mustahil satu hari nanti anda akan berjaya di puncak dunia. Nothing is IMPOSSIBLE. Teruskan untuk kejar impian anda
.
Ok balik kepada hikers tadi, saya ingin berikan tips kepada hikers terutama new-comers dan juga kepada MALIM GUNUNG / GUIDE
.
Banyak kali saya join trip pendakian, saya dapati pendaki akan mula berjalan dengan pace yang agak laju. Mungkin mereka tidak perasan ia laju kerana mereka memang kuat & good fitness dan sudah biasa mendaki. Malim pula akan mempercepatkan langkah bila nampak hikers cucuk rapat😅
.
Apa yang berlaku ialah beberapa hikers yang kurang fit atau baru mencuba hiking akan struggle. Dia akan mengah tapi cuba nak ikut pace hikers lain. Dari awal tadi boleh follow langkah orang lain akhirnya mula berhenti ambil nafas sekejap dan terus lagi mendaki laju untuk catch up team. Dapat kejar sekejap lepas tu mengah makin teruk
.
Akhirnya hikers tadi akan panic & nervous, hilang keyakinan untuk mendaki. “ni awal-awal aku tak larat dah, macamana nak sampai puncak?”. Ada jugak yang maybe mula cramp pada awal trek
.
Apa yang berlaku ialah, pada awal mendaki, kita belum cukup warm up! Jantung belum bersedia untuk aktiviti yang intense
.
Jantung perlukan masa untuk salurkan darah (oksigen) ke seluruh anggota untuk jadi tenaga. Disebabkan anda terus mendaki dengan laju, degupan jantung akan naik secara mendadak dan anda akan mengah tahap gaban!
.
Suhu otot meningkat mendadak, sendi masih ketat dan tidak selesa
.
Walaupun tadi sebelum mula mendaki anda dah streching atau warm up ringkas, tapi ia belum cukup terutama bila trek terus pacak. Contoh tangga di awal mendaki Gunung Ledang, awal trek Gunung Angsi dan banyak lagi
.
Hikers tadi akan struggle dan mentally down. Dia akan cuba ikut pace pendaki lain tapi akhirnya give up selepas sejam
.
Malah ia mungkin berbahaya jika hikers ada masaalah jantung
.
Tips saya kepada Malim Gunung & Gogo:-
Mulakan pendakian dengan perlahan dalam tempoh 30minit. One step after another. Paling perlahan kalau boleh. Berikan masa kepada badan pendaki untuk warm up pada awal trek. Pendaki yang berumur mungkin perlu masa lebih lama untuk betul-betul panas
Selepas 30-40minit baru mula percepatkan langkah
Tips kepada hikers:-
Bila mendaki, langkah dengan perlahan. Juga one step after another. Langkah anda mesti ada tempo yang sama dengan cara anda bernafas. Contoh, satu nafas satu langkah. Atau satu nafas dua langkah
Biasakan tempo pernafasan dan langkah ini hingga ia menjadi habit. Jangan berjalan laju kemudian berhenti dan sambung semula. Lebih baik perlahan dan berterusan langkah perlahan 30-60minit baru berhenti
.
Ada juga pendaki yang menggunakan Heart Rate monitor pada jam mereka. Saya dapati ramai pendaki silap merujuk heart rate semasa mendaki. Mungkin saya akan tulis dalam posting akan datang berkenaan ini
.