Everest spring season kini bermula. Saya nak share sikit experience dan info tentang expedition. Maybe pendaki Malaysia dapat idea bagaimana pendakian Everest dan big mountains lain berlaku

.

Sejak beberapa minggu lepas, setiap team mula establish basecamp dengan mendirikan khemah dan membawa semua peralatan

.

Ia termasuk mendirikan dapur yang boleh menyediakan makanan antara 20-120 orang dalam satu masa mengikut size team. Ini hanya untuk satu team dan biasanya ada berbelas atau berpuluh team yang akan organize Everest expedition dan dianggar lebih kurang 700orang akan cuba mendaki Everest pada musim spring kali ini (members dan sherpa)

.

8K Expedition iaitu salah satu operator di Everest dan company yang dipertanggungjawab memasang tali hingga ke puncak Everest pada musim ini. Pemasangan tali di Everest adalah tender basis. Bermakna syarikat operator akan bid tender dan yang terpilih akan bekerja memasang tali bermula awal April nanti

.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya yang pernah mendaki gunung 8000m di Nepal (Gunung Manaslu) dan di Pakistan (Gunung K2). Di Manaslu dan sama juga di Everest, basecamp iaitu perkampungan induk adalah lebih proper dengan pelbagai fasiliti

.

Oleh kerana jarak basecamp dengan perkampungan tidak terlalu jauh, servis helikopter yang ada, terdapat ramai staff yang terdiri dari orang Sherpa maka basecamp dapat didirikan dengan lebih sempurna. Terdapat pelbagai khemah dari yang basic hanya ada tilam, bantal dan alas hinggalah khemah yang lengkap dengan sofa dan heater. Begitu juga toilet dan shower tent yang lebih baik malah ada cafe dan tempat massage!!

.

Ini adalah pilihan yang disediakan setiap operator untuk berikan servis terbaik kepada pendaki hasil perlumbaan untuk memenangi hati pelanggan. Tentunya kos pendakian juga berbeza dari USD35k hingga USD100k

.

Biasanya pendaki (members) akan mula trekking ke basecamp bermula dari awal hingga pertengahan April dan ketika itu basecamp telah siap dibina hampir keseluruhannya. Tali pendakian juga sudah dipasang sekurangnya hingga Camp2. Camp1 dan Camp2 juga sudah siap dibina dan tersedia khemah dan fasiliti buat pendaki yang ingin melakukan pendakian acclimatization lebih awal terutama mereka yang merancang mendaki puncak tanpa sokongan oksigen

.

Jika di K2 (Pakistan) ia agak berbeza. Oleh kerana gunung ini terletak jauh dari penempatan (kampung terdekat ialah 90km) maka logistik agak sukar. Ketika saya sampai di basecamp, belum ada khemah kecuali sedikit yang baru dipasang pada pagi sebelum kami tiba

.

Khemah dapur dan dining tent baru didirikan malah toilet juga belum ada. Sherpa dan basecamp staff sibuk menguruskan khemah, kami members membantu kerja-kerja ringan termasuk menyusun batu supaya tapak khemah kami rata dan selesa

.

Hanya ada basic fasiliti, khemah yang ada tilam, khemah mandi dengan sebaldi air panas dan tidak mewah seperti di Nepal ie Everest. Khemah tidur yang agak besar beralas canvas, foam dan karpet nipis cukup dan amat selesa di K2

.

Sherpa dan semua expedition leader  dari semua company organizer akan set meeting untuk bincang siapa yang akan memasang tali pendakian. Bagaimana untuk share tali dan siapa yang akan membawa tali hingga camp 2-3 dan 4

.

Biasanya setiap team menghantar wakil Nepali sherpa atau Pakistani high altitude porter (HAP). Team memasang tali biasanya antara 6-9orang. Manakala setiap company organizer akan berkongsi tali, ice screw, snow picket. Ada yang berikan 300m tali, 700m tali, 20 ice screw dan sebagainya. Manakala tali ada yang kernmantle rope dan ada juga tali plastik macam tali lembu😅

.

Sering juga berlaku perbalahan kerana semua datang dari negara berbeza dan ada dua pihak iaitu company basecamp support dari Pakistan dan expedition organizer dari Nepal (sherpa). Jadi sukar untuk dapat persefahaman dan meeting berlanjut lama

.

Bagi sherpa yang tidak bertugas memasang tali, mereka akan mendaki membawa supply ke Camp1-3 untuk memasang khemah, bawa tong oksigen, dan makanan

.

Kami climbers juga akan membawa sebahagian barang sendiri semasa mendaki dan tidak sepenuhnya oleh sherpa. Malah kami mendaki sendiri tanpa sherpa masing-masing kerana semua bekerja beberapa hari membawa barang

.

Hingga pada pendakian akhir ke puncak, semua meeting sekali lagi untuk set up team memasang tali dan sekali lagi berlaku konflik

.

Jadi pengalaman saya di Pakistan, kami dapat lihat dan alami semua proses pendakian dari awal dengan fasiliti yang limited. Tiada helikopter membawa bekalan. Hanya porter dan keldai yang datang selang beberapa hari membawa bekalan

.

Namun sekarang pendakian berbeza barbanding 10-20tahun lepas kerana pendakian kini lebih commercialize berbanding dulu yang memerlukan pendaki juga terlibat dalam persediaan expedition

.

Alhamdulillah saya mendapat rezeki pengalaman pendakian begini yang dulu saya anggap mustahil. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman ini agar lebih ramai pendaki Malaysia berjaya mendaki big mountains di seluruh dunia

.

  1. Malaysia Megah di mata Dunia