Semalam tamat sudah tempahan baju ZEROTO8000 untuk fasa 5 yang mana penghantaran akan bermula pada 22 Januari 2022 kelak. Sedar tak sedar, sudah enam fasa tempahan baju telah dibuka sejak pelancaran projek ZEROTO8000 ini.
Pagi ini juga kami menghantar tempahan baju terbaru kepada pihak pembekal baju kami supaya baju dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Komunikasi yang jelas penting di antara pihak ZEROTO8000 dan pihak pembekal baju supaya segala masalah dapat diselesaikan sebelum merebak seterusnya memperlahankan proses penghantaran baju kepada para penyokong ZEROTO8000.

Selain itu, kualiti setiap baju dikawal rapi supaya para penyokong berpuas hati dengan hasil yang kami berikan. Bermula daripada pemilihan kain baju, plastik pembungkusan sehingga servis penghantaran, kesemua proses ini dipantau secara berkala bagi memastikan kepuasan para penyokong ZEROTO8000 sentiasa pada tahap maksima.

Mulai haro ni, ZEROTO8000 membuka tempahan baju untuk Fasa 6 dan penghantaran akan bermula pada 29 Januari 2022. Cepat semua sebelum terlambat.

Teruskan memberikan sokongan kepada ZEROTO8000 kerana sokongan anda amat diperlukan bagi merancakkan lagi perancangan dan kempen yang akan kami lakukan dalam masa terdekat.

Layari www.zeroto8000.com/shop untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih semua.

#zeroto8000 #himalaya #malaysiaboleh #nepal #8000ers #malaysia #negaraku #gunung #mountains #outdoors #malaysiahiking #hikingmalaysia #gunungmalaysia #k2 #malaysiaberdikari #gemuruhjiwa