Tahun 2019, kami berkayuh ke Melaka selama 3 hari 2 malam. Tahun 2020, kami berkayuh ke Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam. InsyaAllah, Ahad depan kami akan berkayuh lagi dan kali ini destinasi kami ialah ke Kota Bharu selama 10 hari 9 malam. Kayuhan kali ini akan disertai oleh seorang rakan saya juga. Kali ini penginapan kami adalah secara perkhemahan (bergantung kepada keadaan cuaca) dan sesekali kami akan tidur di hotel. Sebenarnya saya memang mengimpikan aktiviti-aktiviti sebegini untuk saya lakukan pada usia saya 50 tahun nanti tetapi, Alhamdulillah saya dapat melakukannya 5 tahun lebih awal. Syukur juga sebab Iyaz Rozaimi memang minit dengan aktiviti berbasikal seperti ini. InsyaAllah, laluan kami ialah Gombak- Temerloh – Kuantan – Kemaman – Kuala Terengganu – Penarik – Kota Bharu. Mohon doakan ke selamatkan kami sepanjang kayuhan dan sesiapa yang terjumpa kami, tegur-tegur la ya
Sementara tu, teruskan menyokong ZEROTO8000 www.zeroto8000.com/shop/ #zeroto8000
About
ZEROTO8000 adalah satu manifestasi kepada perjalanan impian seorang rakyat Malaysia yang mempunyai satu hasrat iaitu meletakkan bendera Malaysia di peta dunia pendakian setaraf dengan pendaki-pendaki daripada negara luar.
Learn to Climb
Products
Get in touch
Address : Zeroto8000 Venture
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com
4C Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/4
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras Selangor
Phone : +60167157912
Email : zeroto8000venture@gmail.com