Turut bersedih dengan peristiwa kematian dua pendaki di Carstenz Pyramid, Papua. Berita ini turut mendapat perhatian pendaki dari Malaysia
.
Sebenarnya ramai pendaki meninggal dan kemalangan di Carstenz Pyramid. Antaranya pada tahun 2016, 2017, 2024 dan ramai lagi sebelum itu. Malah beberapa minggu sebelum saya mendaki Carstenz Pyramid (2019) juga ada pendaki meninggal kerana rockfall (samaada meninggal atau cedera). Tapi peristiwa 1 March 2025 amat tragis dan agak mendukacitakan kerana dua sahabat baik meninggal pada masa yang sama
.
Peristiwa kematian dua pendaki ini juga melibatkan sahabat saya Sofyan dari Indonesia Expedition yang merupakan organizer expedition ini. Moga Sofyan juga diberikan ketenangan dan tabah menghadapi ujian
.
Di sebalik banyak peristiwa yang kita dengar, malah melibatkan pendaki Malaysia yang turut kehilangan nyawa, persoalannya ๐€๐ฉ๐š๐ค๐š๐ก ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐ค๐ข? ๐€๐๐š๐ค๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐›๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ข๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ?
.
Kemalangan mungkin berlaku, termasuk kepada saya. Namun perlu kita belajar punca kemalangan itu dan ambil pengajaran
.
Saya sendiri terlibat dengan beberapa kes sepanjang saya mendaki. Bermula dengan Anis yang terjatuh dan terpaksa di rescue semasa kami mendaki Aconcagua di Argentina, kemudian seorang pendaki terjatuh cedera parah semasa saya mendaki di Taiwan, kemudian satu team pendaki Malaysia kesemuanya snowblind di Taiwan, sahabat saya sendiri meninggal di Mera Peak, kemudian sahabat saya frostbite dan di rescue dari Everest, sahabat saya lumpuh kerana hypothermia, sahabat saya HAPE di China, sahabat saya lagi meninggal di Denali dan dua sahabat saya meninggal di Damavand Iran
.
Kesemua peristiwa ini saya terlibat secara langsung dan tidak langsung atau sekadar membantu mengurus kordinasi mangsa dari Malaysia. Banyak perkara yang saya juga belajar dan ambil iktibar malah kadangkala menyalahkan diri sendiri atas kemalangan ini terutama kes di Damavand. Ada perkara yang patut kita lakukan untuk mengelakkan ia berlaku
.
Begitu juga peristiwa tragis kematian dan kehilangan pendaki di Everest dua tahun lepas. Kita harus belajar dari peristiwa ini
.
Kita maklum akan risiko di gunung, cuaca cepat berubah dan memberikan banyak risiko. Hypothermia, AMS, Frostbite mungkin berlaku. Tapi apakah persediaan kita. Apakah silap kita. Disebalik kemalangan, mungkin ada kesilapan.
Mungkin silap sebab pendaki itu sebenarnya tidak cukup bersedia, mungkin silap kerana ketuanya, atau perancangannya, atau silap kerana peralatannya, atau silap pendakinya atau silap pendakinya belum ada pengalaman atau kurang dari segi fitness atau memang ia kemalangan
.
Benar, ia adalah takdir, kematian dan kemalangan adalah ketentuan Allah. Namun jika ia berlaku setelah sepenuh usaha persediaan, perancangan terbaik sudah dilakukan, maka barulah berkata kami tidak mampu melawan takdir dan redha dengan kemalangan itu
.
Sebab itu saya banyak memberi peringatan kepada pendaki akan pentingnya persiapan yang baik dan mendapatkan knowledge yang cukup sebelum mendaki dan mula dari bawah untuk timba pengalaman sebelum mendaki di tempat yang lebih extreme
.
Persediaan kita seharusnya mampu bertahan dalam keadaan worst case scenario. Saya mohon agar pendaki Malaysia belajar untuk buat persediaan yang lebih baik
.
Ambil iktibar dengan semua peristiwa yang berlaku. Jangan berkata โ€œdulu aku pegi ok je, dulu si anu pakai glove ni ok je, dulu di anu naik kuda sampai EBC ok je, dulu si anu pegi masa winter ok jewโ€โ€ฆ..
Belajarlahโ€ฆ belajarlahโ€ฆ dari kemalangan yang berlaku
.
Mudah-mudahan saya juga terselamat dari kemalangan dan membuat kesilapan. Ia mungkin berlaku kepada saya, ๐ฆ๐จ๐ ๐š ๐๐ข๐ฃ๐š๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฐ๐š ๐ข๐ง๐ข
Khafiz Al Kicok
ZEROTO8000
gambar: Carstenz Pyramid, September 2019