๐’๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง๐  ๐†๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฏ๐ฌ ๐’๐š๐ฅ๐ฃ๐ข ๐๐ข ๐€๐ง๐ง๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š ๐๐š๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ฆ๐ฉ
.
haaa bukan saja di ABC tapi ia berkaitan dengan semua pendakian di high altitude yang mana ramai pendaki Malaysia suka memilih untuk mendaki di high altitude pada musim sejuk
.
Saya telah utarakan kebimbangan saya beberapa kali tentang mendaki di luar musim pendakian terutama di Nepal. Ramai pendaki memilih untuk trekking pada bulan Dec-Feb yang sebenarnya cuaca sangat sejuk
.
Setiap negara dan trek akan ada musim pendakian tertentu iaitu pada waktu cuaca yang baik. Contohnya Nepal, musim pendakian ialah antara April-May dan Sept-Nov
.
Secara peribadi, saya tidak galakkan mendaki diluar musim. Namun dengan persediaan dan latihan tertentu ia mungkin dapat mengurangkan risiko keselamatan
.
Saya sendiri juga pernah mendaki diluar musim tapi atas tujuan spesifik iaitu untuk training ice climbing dan persediaan big expedition dan tentunya peralatan saya berbeza
.
Jadi, mendaki di Nepal pada bulan Dec-Feb harus ada pertimbangan sebaiknya terutama PERALATAN. Masih ramai mendaki dengan glove yang tidak sesuai, tiada proper insulation yang biasanya jenama fake dan murah
.
Ramai mendaki dengan kasut hiking biasa/trail run, tiada insulation, tidak kalis air, kasut low cut walaupun tahu ia kemungkinan besar akan bersalji
.
Ramai tidak menggunakan sistem layering yang betul, material pakaian yang tidak sesuai, jenama fake yang tidak breathable, malah menggunakan baju hujan RM5
.
Saya pasti akan ada yang berkata โ€œalahh si anu tu pegi pakai ni ok jew, masa tu salji okay jew, aku pakai ni okay jewโ€ malah trip leader yang sepatutnya bertanggungjawab atas keselamatan line up juga cakap Okay jeww
.
Tahukah anda 21 orang pendaki mati di Annapurna Trek pada 2023. Dua orang ialah Malaysian. Tahukah anda beberapa tahun lepas pendaki Malaysia mati kerana hypothermia di ABC dan beberapa kes lain di EBC
.
Anda mungkin bertuah kerana dapat mendaki dan balik dengan selamat menggunakan glove RM30 walaupun tiap hari menahan sejuk. Tapi dengan sedikit perubahan cuaca nyawa anda dalam bahaya
.
Tahukah anda jantung terpaksa bekerja lebih kuat ketika anda rasa sejuk untuk menghangatkan badan. Ketika itu tenaga anda akan habis, anda keletihan, mengundang hypothermia dan AMS, mungkin HACE
.
Tahukah anda, anda perlu makan lebih banyak supaya badan anda ada bahan bakar untuk memanaskan badan sedangkan saya pasti anda kurang berselera makan
.
Nasihat saya kepada dua pihak:-
1. Pendaki: buatlah persediaan terbaik. Anda memilih mendaki dimusim sejuk jadi anda mesti bersedia keluarkan duit untuk kelengkapan yang sesuai demi keselamatan anda

2: Trip leader/organizer; anda bertanggungjawab atas keselamatan. Berilah nasihat yang betul kepada peserta anda. Jangan ambil mudah. Fikirkan risiko, fikirkan kemungkinan buruk, jadi bersedialah, pastikan peserta anda buat persediaan terbaik

https://thehimalayantimes.com/ampArticle/1028443